Cahaya_rumahku

Thursday, March 5, 2009

Minda: Guru bak cahaya terang
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

PERKEMBANGAN pendidik di Malaysia dewasa ini menjadi topik perbincangan semua lapisan masyarakat. Di samping persoalan keberkesanan sistem pendidikan, terutama dari aspek kurikulum, persoalan fungsi pendidikan untuk pembentukan akhlak murid, perpaduan negara, penjanaan modal insan dan keperluan serta permintaan industri sentiasa didebatkan. Pelbagai pihak, pendidik dan ibu bapa terus hangat membincangkan isu kualiti, prestasi disiplin, peningkatan mutu akademik, akhlak dan moral.Ini berikutan semakin menularnya pelbagai gejala sosial yang melanda warga muda. Graf jenayah menampakkan tiada penurunan lantas semua pihak meneropong kembali keberkesanan sistem pendidikan negara. Justeru, secara mudah dapat dikatakan pendidikan untuk menerapkan nilai murni, sekali gus menjadi teras kepada penggubalan dasar pendidikan negara sejak merdeka hingga kini.Walaupun negara rancak menuju kepesatan pembangunan fizikal, ekonomi dan industri, namun elemen pembinaan sahsiah sentiasa menjadi inti pati kepada visi dan misi negara.
Anggota masyarakat hari ini beranggapan institusi pendidikan seperti sekolah adalah agensi teras ke arah pemupukan nilai dan akal budi yang berkualiti di kalangan generasi muda.

Kekuatan nilai akhlak akan menjana keperkasaan jati, malah dapat membentuk landskap sosial yang harmonis dan dinamik.
Ingatlah pesan Imam al-Ghazali: “Kuat dan jayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya, apabila akhlaknya rosak maka binasalah umat itu.” Jadi, pendidik mesti memfokuskan kepada penerapan akhlak secara berterusan tanpa ada rasa jemu walaupun terpaksa berdepan situasi semasa yang cukup mencabar. Dalam hal ini, pendidik memegang teraju utama dalam barisan hadapan untuk menyiapkan warga negara seperti dihasratkan.Oleh demikian, pendidik sewajarnya berperanan lebih dedikasi dan bijaksana mendidik pelajar melalui pelbagai pendekatan selaras kehendak dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Atas kesedaran itu, penerapan nilai murni seperti berbudi bahasa, patriotisme, kegigihan, toleransi dan sebagainya menjadi tanggungjawab pendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan program komuniti.Oleh itu, tugas dan tanggungjawab pendidik hari ini tidak hanya sebagai pengajar, tetapi mampu bertindak dan berupaya mendidik dan mengasuh anak didiknya dengan nilai jati diri berteraskan nilai agama dan budaya bangsa.Kejayaan sistem pendidikan untuk melahirkan modal insan yang bukan saja berintelektual tinggi, tetapi berkeperibadian dan bersahsiah diri terpuji.Kesungguhan sekolah dan pendidik dalam merancakkan aktiviti akademik dalam usaha melonjakkan kecemerlangan kualiti pendidikan bertaraf global, namun unsur nilai murni tidak boleh dikesampingkan.Dengan kata lain, ‘kemajuan ekonomi dijunjung tinggi, keperkasaan akal budi terselit di hati’.
Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perutusan Tahun Baru 1995, sekolah juga memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya.Justeru, latihan dan teladan di sekolah hendaklah ditumpukan kepada pembentukan budaya dan nilai mulia.Malah, ketika merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 16 Mei 2000 di Ipoh, Perak, Dr mahathir menyatakan guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang olehnya dan budaya diterimanya.Hal itu menggambarkan amanah negara kepada pendidik dalam mencorakkan masyarakat murni.
Imam Hasan al-Bana ada menyatakan, guru adalah cahaya terang yang menyinari umat manusia, sekalipun sebagai risikonya ia harus membakar dan membinasakan dirinya, sama seperti lilin.
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Nordin menyatakan proses pembinaan insan berjiwa murni dan bersahsiah terpuji adalah suatu proses berterusan yang mesti dilaksanakan melalui pendekatan yang memfokuskan kaedah ‘menyeluruh dan bersepadu’.Maknanya, membentuk rupa bangsa itu dilakukan sepanjang proses persekolahan.Kata Wan Mohd Zahid, proses membina manusia secara berterusan melalui kaedah bersepadu itu juga menyatukan proses pendidikan dalam kurikulum dengan aktiviti kokurikulum secara harmonis. Peranan guru dalam era globalisasi menjadi semakin penting dan diharap dapat berfungsi secara maksimum kerana keadaan gejala sosial yang semakin merebak.Sekolah sebagai tapak asas penting untuk membentuk kembali ekologi sosial yang harmoni, berintelek tinggi di samping memiliki jati diri bersahsiah unggul.
Guru memainkan peranan menyemai nilai murni dan sikap berbudi bahasa tinggi melalui pelbagai pendekatan sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, kegiatan kokurikulum mahupun menerusi program bersama komuniti luar.Perancangan dan pelaksanaan aktiviti bersistematik akan memberikan impak positif untuk menjana keperkasaan penyerapan nilai berkenaan.Malah, semangat patriotisme terhadap bangsa dan negara dapat dihidupsuburkan pendidik melalui aktiviti pasukan badan beruniform selaras dengan tema Hari Guru 2007 ‘Guru Penjana Modal Insan Gemilang’.
Di bahu pendidiklah kerajaan dan rakyat meletakkan amanah agar mereka dapat mencorakkan rupa bangsa menepati visi dan misi negara yang ingin melahirkan warga seimbang, harmonis dan berdaya saing tinggi.
-petikan dari Harian Metro 050309-
posted by Baiti_annum at 6:18 AM 0 comments

Tuesday, March 3, 2009

Tuhan itu ADA...

7 alasan mengapa saintis percaya wujudnya tuhan.

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan. Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.


Pertama:

Dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6, 7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.
Kedua:

Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilk an oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?


Ketiga:

Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?


Keempat:
Manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.
Kelima:
Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?
Keenam:
Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!


Ketujuh:

Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.
-dipetik dari internet
posted by Baiti_annum at 4:23 AM 0 comments

Monday, March 2, 2009

the worst ATTITUDE...


Perangai buruk saya bila jadi student:


Saya malas nak pulangkan buku yang saya pinjam dari library. saya jarang pergi library . saya hanya pergi bila nak pinjam buku sahaja terutamanya bila exam sudah dekat. saya tak pernah familiar dengan servis2 (selain pinjam&pulang buku) yg library tawarkan (samada dekat universiti dulu ataupun sekarang). saya selalu kena denda sebab pulangkan buku lambat. paling maksimum saya pernah kena bayar sampai RM14 sebab 'peram' 2 buah buku masa buat final year project. saya tak mahu orang lain pinjam buku tu, hehehe (keji betul). saya ini 'buta' library.hehehe. lagipun, susah nak cari buku yang nak dipinjam. call no panjang berjela2..bila penat2 cari, bukunya tiada.....aduh...jadi bila dapat, saya simpan puas2!jadi sila jangan contohi perangai buruk saya ini...


Kali ni saya ulang balik habit buruk saya ni. tapi tak mengapa, hari ini saya dapat 'hidayah' untuk pulangkan buku2 yg saya pinjam. sudah semestinya saya akan didenda. baik saya cepat2 pulangkan sebab kurang sikit jumlah denda yg saya harus bayar. Ya..saya hampir pokai..banyak yg perlu dibayar. baju batik + BIG, dll...hmm..mana nak korek duit ni..jadi cik bendahari sila tunggu ya, nanti saya bayar juga :)








posted by Baiti_annum at 6:19 PM 0 comments

JUmaaT & saBTu & AHaD...+ IsniN

Jumaat:

Datang kelas english life science. mengantuk. sempat beli air minum..harap-harap tak mengantuk. adeh...panasnya air...melecur lidah ku...inilah cara mudah 'memusnahkan' reseptor-reseptor lidah..huhuhu..adeh..(jgn amalkan selalu).

Duduk-duduk termenung...jeling-jeling jam..eh dah pukul 9.15 la...kalau ikut rules, da boleh balik kalau lecturer tak datang lebih 15 minit..hehehe..tapi tunggu lagi just in case Dr nooreiny ada hal...tup-tup pukul 9.30 dia datang..owh..dia lupa pasal kelas ni..n takde siapa yg inform dia..takpela..asal ada kelas. kalau takde, jenuh jugak nak ganti kelas 3 jam tu!

12 tghari, balik kelas. perut dah berkeroncong..owh..lapar nasik ni. sabarla wahai perut, tak lari nasik dikejar..hehehe. sampai hostel selepas terhoyong-hayang dalam bas (pemandu bas zon 2 melakukan aksi2 drift melampau sepanjang perjalanan yg tk sampai 5 km itu..adeh...sengal tulang punggung), kesan tekanan udara dalam perut dah melebihi beberapa milibar yg sepatutnya, rasa nak muntah pulak. sabar wahai perut. sekejap lagi akan ku isi dgn nasik..

Makan nasik dekat satu kedai. aku labelkan kedai ni sebagai kedai nasik 'keras' sebab setiap kali makan (eh..mungkin dari 5 kali makan, 3 kali nasik yg dihidang bertaraf 'keras' melampau). tapi makan jugak dekat sini sbb lauk-pauknya okla jugak. plus my colleague loves the tempoyak very much..ahaks(da dapat clue kedai mana?)

Selesai makan, naik bilik macam biasa. bukak laptop konon-konon nak buat kerja but suddenly stuck dekat friendster..hehehe..tipikal sungguh. dapat email yg tak disangka-sangka, "kelas teknologi malam ini dibatalkan"...hmmm...YESSSSS!!!!!!!!! sah, pemalas sungguh aku ni...eheh.

Sabtu:

Lepas confirm, hari ni takde sebarang agenda dpli, maka aku dengan berkobar-kobar bangun awal (sesuatu yg jarang-jarang aku lakukan pd hari cuti :P). sebabnya? aku nak outing yea! program asal yg di plan 3 minggu lepas terpaksa di kensel sbb ada hal2 berbangkit yg tiba2 tak dihebahkan lebih awal. pukul 9 tunggu bas 6z ke stesen komuter sebab venue sasaran ialah midvalley, tmpat yg aku selalu tuju masa kerja dulu, tapi ironiknya aku selalu sesat di situ..( totally miss loss sense of direction..jgn suruh aku baca map..gerenti sesat!)

Sampai midvalley pukul 10.30 (lamanya...jangkaan tiba memang tersasar dari waktu yg ditetapkan kerana masalah teknikal komuter yg anda semua sedia maklum). gembira ria sebab dapat jumpa ex-office mate yg gila2, ceria but sangat2 memahami. kami banyak lalui susah senang bersama..walau kerja cuma setahun tapi banyak yg kami dah experience..kerenah2 birokrasi bekerja di jbtn kerajaan, kerenah2 org atasan yg menjengkelkan..etc..etc..

Tiba-tiba dalam pukul 1 lebih dapat mesej. pukul 2 ada meeting dekat fakulti.hah? mana sempat nak pergi..last2 memang tak pergi pun. ampun...kalau saya tahu awal-awal tak tergamak saya nak keluar outing..ya outing..bukan dating.

Balik rumah abang dekat serdang, pukul 5 tunggu tren, dekat 5.40 baru tren sampai..aduh..kejang tumit menunggu! somebody please do something! the service is very2 bad! buang masa betul menunggu. padahal jarak perjalanan tak jauh pun. macam ni nak suruh naik public transport? adeh...mau sakit-sakit tulang lepas ni!

Ahad:

Bangun pagi-pagi lepas subuh. tak tahu nak buat apa (padahal kerja sekolah banyaK! - sindrom kemalasan yg melampau). join abang dan kakak ipar tonton dvd di pagi hari sambil makan donut alien big apple yg sangat sedap tu...huhu. kemudian keluar rumah. ada misi, mahu langgan broadband. pergi ampang (ada kedai yg offer harga murah) kemudian pergi low yat pulak. adeh...penatnya.

Malamnya, marathon tengok tv dari pukul 9 sampai 12 tghmlm. dari cerita terminator sampailah cerita rambo..semua cerita ganas2..apa nak dikata, layan ajelah...lagipun dah berhari-hari tak tengok tv. nak tonton berita dah tak lalu, asyik2 cerita yg sama, tak sudah2..

Isnin:

kakak ipar hantar sampai hostel(mujur dia pun kerja dlm ukm jugak..Unipeq). dah pukul 8 ni...sepatutnya dah ada dekat dewan senat untuk lihat upacara perasmian 'permatapintar UKM'. lari2 naik ke bilik (termengah2..maklumla bilik dekat level 4..) cepat2 tukar baju kurung. nak kelihatan formal. aku dan aini @merangkap roomate cepat2 turun pukul 8.20. mahu naik bas pukul 8.30. nasib baik sempat.

Selamat sampai dekat dataran canselori. ramai dah sampai..termasuk budak2 sekolah. tercangak2 cari pedoman sekejap...sarapanlah dulu. selesai sarapan naik tgkat 5, ke dewan senat. nak masuk ke taknak...macam tak layak je masuk dewan tu..hehehe. ialah..siapalah kami..tapi syukur dapat masuk. dwan penuh dengan muka2 kami jua..pelajar2 dpli sekalian.hehe.

Belek2 buku program, owh...acara start pukul 9.50...adeh...sekarang baru pukul 9.15 ni..takpe2 bukan selalu ni. lagipun yg rasmikan program ni bakal first lady malaysia - YB Datin seri Rosmah Mansur. nak tengok beliau dari jarak dekat..

Jam 10.20 beliau sampai. acara bermula dgn persembahan tarian n nyayian..lupa nak beritahu, budak lelaki yg nyanyi tu dapat no 3 dlm ptandingan bintang kecil. ok jugakla suaranya..tapi sayang, nyanyi tak sampai 3 minit..tak puas dengar suara huskynya..

Kagum lihat video korporat UKM. sangat menusuk hati. lebih2 lagi bila lihat impian ukm untuk realisasikan proses pembelajaran dan pengajaran guna B. melayu sepenuhnya..mahu buat terjemahan buku2 akademik dan ilmiah kepada B.Melayu..ya...akan ku nantikan detik2 itu.

Kagum lagi bila lihat pelan bangunan sekolah permata ukm yg nak dibina. sangat moden & menarik! untung anak2 pintar cerdas yg terpilih nanti. dapat belajar dlm keadaan yg saangaaatttlah selesa. kalau tak bersyukur dan sedar diri tak tahulah...harap2 impian nak lahirkan modal2 insan yg cemerlang tercapai.

Terlancarnya program permata ni, ujian atas talian boleh diakses mulai hari ini melaui laman sesawang (bukan bersawang!) permata pintar. aku sudah lupa apa url nya..hehehe. agak2nya kalau aku ambil ujian permata ni, berapa tahap IQ aku ek...hehe..misteri..

laman sesawang: www.permatapintar.com.my
posted by Baiti_annum at 8:52 AM 0 comments