Cahaya_rumahku

Thursday, February 26, 2009

SEMINAR@UKM

jam pukul 8.00 pagi. baru lepas mandi. dapat mesej kelas english tukar venue dari Fpend ke PPI...eh kenapa pulak...nak menapak ke PPI tu jauh...kena amik 2 bas. dlm hati mmg wonder...kenapa tiba2 tukar venue pulak ni...
penat berjalan naik bukit...ahh..sampai jugak akhirnya.terus tuju ke dewan seminar PPI, terserempak pulak dgn Dr Siti. aini tanya ada seminar ke? Dr siti jawab," iya.ada seminar. rugi kalau tak dengar. pergi register kat atas dulu"..ok.terima kasih Dr. barula faham. Dr Ramlee assign kelas ni untuk dengar seminar.
maka, saya dan aini pun registerla..rupa2nya kami yg terawal..hmm..skema betul kami ni..patutla tak nampak org lain.kami sampai extra awal.jam belum pukul 8.30 pun. takpe2, meh kita tunggu kat dalam dewan.
tengah tunggu tu ada comittee bagi handouts..well, malas nak baca material2 ilmiah di pagi hari ni..tapi sebab boring n tak tahu nak buat apa, bacala jugak..berkerut-kerut dahi nak get the main ideas tu. rupanya pasal pembelajaran jarak jauh untuk pelajar gifted @ pintar cerdas.
tajuk seminar pagi ni pasal "permatapintar UKM". program kolaborasi antara UKM dgn University Johns Hopkins, US untuk formulate penyelesaian dan pendekatan yg sesuai untuk mengenalpasti and memelihara kanak2 pintar cerdas di malaysia. difahamkan pada 2 mac ni program ni akan dilancarkan. ujian saringan atas talian pun akan dibuka untuk semua pelajar berumur 9-15 thn. ujian ini untuk kenalpasti kanak-kanak yg pintar cerdas. ada 3 siri ujian. di akhir nanti, hanya 300 orang kanak-kanak akan sertai kem cuti sekolah dan ditawarkan masuk ke sekolah permata ukm pada tahun 2011.
kita semua pernah dengar cerita pasal Adi putra, kanak-kanak pintar yg tak boleh adapt dgn sistem persekolahan biasa di malaysia. masalahnya, adi ni budak pintar jadi, bila sekolah di sekolah biasa, dia jadi slow sikit...yelah, dia ni advance dari rakan2 sebaya, jadi bila terpaksa belajar benda yg dia dah master, of course dia akan jadi boring. kurikulum yg sedia ada tak dapat nak cater keperluan kanak2 macam adi. if we do not do something, we are afraid that things that happened to suffiah and other unfortunate gifted childrens will affect these children too.
program permatapintar ni diharapkan dapat membantu kanak2 pintar cerdas di malaysia. kurikulum yg sesuai akan di bangunkan, guru2 terlatih akan disediakan dan pemantauan berterusan akan diadakan untuk memelihara kanak2 yg ibarat aset negara ni.
ada 2 speker jemputan dari JHU, Dr Julian dan Dr Patricia. dua2 banyak experience dalam mengendalikan prgram seperti permatapintar ni. di JHU, program ni dikenali dgn nama Center for Talented Youth dan mmg dah lama establish disana. kedua2 org pakar ni akan beri tunjuk ajar dan bantu UKM untyk kendalikan program ini.
seminar ni start dari pukul 8.30 pagi sampai 5.oo ptg. lenguh jugaklah pinggang duduk lama2 ni. but it's ok. dapat juga ilmu dan input2 berguna. kagum tengok speaker2 tu beri speeach. sangat cool dan menarik.
oh ya, tadi saya download guidelines gaya penulisan ukm. ada pautan untuk kamus bahasa melayu-inggeris. bila klik, tahu apa yg saya lihat?
"Tidak maju bangsa jepun kerana bahasa inggerisnya,
Tidak maju bangsa jerman kerana bahasa inggerisnya,
Tidak maju bangsa perancis kerana bahasa inggerisnya,
tapi majunya mereka kerana memiliki jati diri dan harga diri…"
mendalam sungguh maknanya..boleh guna point ini untuk berdebat soal P&P sains dan matematik dalam bahasa inggeris..menarik kan?hmmmm...tepuk dada tanya selera.
p/s: saya tak boleh masuk dalam pautan tu, tiba2 page cannot be displayed...:(
posted by Baiti_annum at 7:35 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home