Cahaya_rumahku

Wednesday, February 25, 2009

Hutang, penghutang & pemiutang

Hutang, penghutang & pemiutang

Ini antara perbualan tipikal yg selalu kita dengar;
Watak 1 : cik A
Watak 2: cik B
Lokasi: tak ingat…:P
Masa: tak berapa lama dulu
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Cik A: hai..bila gaji nak masuk ni…poket dah kering kontang ni
Cik B: betulla..lambat pulak nak tunggu gaji bulan ni
Cik A: aku ni macam2 nak bayar…sewa rumah, kereta, barang dapur bla bla bla
Cik B: kau ingat ko sorang je nak bayar macam2? Aku pon samala..
Cik A: sedih kan..umur belum masuk 30, bujang lagi tapi banyak hutang nak bayar
Cik B: tulah pasal. Kan bagus kalau jadi anak raja, tak payah bayar hutang! Hidup senang lenang!
Apa orang kata tu…makan tanggung, be*&^ cangkung aje kerjanya!
Cik A: takde maknanya! Mustahil ada orang tak berhutang lansung!
Cik B: eh ada ke?
Cik A: kau amik kira hutang duit memangla..abis tu hutang puasa, hutang zakat, qada’ solat yg tertinggal tu..tak kira hutang ke?
Cik B: aah…aku tak terpikirla pulak..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hutang. Memang sinonim dengan kehidupan seorang manusia. Cakap pasal hutang, baru saya sedar, saya dah 2 bulan tak bayar PTPTN…wah, apa nak jadi dengan saya? Sebenarnya bukan sengaja tak bayar, tapi keadaan kewangan saya tak mengizinkan. Sungguh! Saya tak bohong. Duit simpanan saya cukup-cukup untuk biaya saya selama dua tiga bulan ni. Saya malu nak minta pada mak abah saya lagi..lepas graduasi saya terus kerja, tiap-tiap bulan bagi duit gaji saya (alhamdullillah) pada mak abah. Tapi tahun ini, saya sambung belajar jadi terpaksa tangguh bayar hutang PTPTN tu. Nasib baik saya tak ada kereta, kalau tak mungkin saya kena ucap “selamat tinggal sayang” sambil lihat kereta kena tarik…huhuhu..tapi nampak gayannya bila simpanan saya susut tak lama lagi mungkin saya perlu telefon bank PAMA untuk buat pinjaman segera tanpa interest..oppss…ya..saya akan kembali berhutang..:(

Hutang. Ada sesiapa yg berani jamin dia tak pernah dan tak akan berhutang? Kalau ada, saya tabik orang tu. Hebat sungguh. Betul. Nak mulakan perniagaan kena berhutang. Kadang-kadang nak kahwin pun kena buat pinjaman. Nak belajar pun kena berhutang in advance (contohnya saya). Dalam kes-kes terpencil, ada ibu bapa yg berhutang semata-mata nak beli susu dan lampin anak. Jadi, siapa boleh jamin dia tak akan berhutang?

Hutang. Saya pernah dengar seorang lecturer saya kata begini : (dalam loghat kedah) “ saya ni ada 3 anak. All boys. Saya bagi nasihat kat depa 2 benda ni aja; satu, jangan berhutang. Dua, jangan main pompuan”..mak aih....mula-mula saya tak paham apa maksud beliau..(nasihat yang nombor dua tu saya paham, hehehe) setelah saya berusaha ‘digest’ kata-kata hikmah beliau tu barulah saya paham.

Hutang. Abah kata hutang tu tak elok. “Bukan apa, kalau tak mampu bayar susah nanti. Misal kata kita mati sebelum dapat bayar hutang, kesian dekat waris-waris yg terpaksa rela tanggung hutang tu. Atau, kita tak sempat nak bayar hutang sebab orang yg bagi hutang tu meninggal..siapa nak jawab? Ha..terkial-kial kita nak carik orang tu minta halal masa dekat akhirat nanti”. Itu yg saya quote dari abah saya. Psycho jugak abah saya ni. Tapi at least sampai sekarang saya pegang kata-kata dia.

Hutang. Sesungguhnya saya ni banyak berhutang. Kalaulah saya boleh kira hutang duit, masa, tenaga dan pengorbanan mak abah saya sepanjang membesarkan saya, sekelip mata saya bankrup..sungguh! ibaratnya kalau ada segunung emas pun, tak terbayar semuanya. Tapi saya tahu, semua ibubapa tak pernah harapkan balasan dalam membesarkan anak..anaklah yg perlu sedar diri..sentiasa ingat di mana bumi dipijak.langit tak selalu cerah. Saya harap dapat bala jasa mak abah saya selagi ada hayat mereka.. (maaf, air hidung meleleh teringat pada mereka..waa…nak balik kampong!!).

Hutang. Puasa.. saya rasa ada lagi tahun-tahun sebelum ni saya termiss bayar. Saya takut saya terlupa jumlah sebenar hari puasa yg saya tak ganti. Moga-moga saya dapat ganti sebelum ramadhan yg akan datang. Solat? Saya harap saya tak tinggal solat. kadang-kadang subuh saya selalu ‘terbabas’…nikmat tidur..kalau tertinggal , saya harap dapat qada’ secepat mungkin! Itu hutang besar!

Hutang. kenapa manusia berhutang? Senang saja – terdesak. Mana ada orang yang suka-suka nak berhutang. Tapi..ada orang berhutang semata untuk nampak cantik (bio pape, asal bergaye..). sesetengah tu berhutang untuk memenuhi nafsu sendiri (judi, perempuan, perabot baru, kereta baru dll). Kalau niat macam tu baik lupakan saja. Hutang untuk keperluan tak mengapa, tapi berhutang atas sebab-sebab yang tak munasabah perlulah dielakkan. Dalam islam sendiri tak digalakkan berhutang. Sebab hutang ni berat bebannya..ini soal dunia dan akhirat. Sungguh. Hutang tu melibatkan reputasi. Reputasi di dunia dan akhirat.

Hutang. sepuluh tahun lepas saya tak pernah dengar pasal along atau angah. Yang saya tahu cerita along dan siti sifir. Itu dululah. Along tu bunyinya macam innocent aja, maklumla gelaran bagi anak sulung. Tapi along zaman siber ni lain sikit. Along sekarang bagi pinjaman in advance. Gerenti lulus!Tak payah buat proposal, merayu-rayu macam nak pinjam dari bank. Hebat kan? Ha..sebab senang dapat hutangla, ramai orang yg terdesak cari along. Sebab senang pinjam jugaklah, senang-senang aja along buat macam-macam..potong jari, potong telinga..silap2 kena tetak free aja! Kalau tak mampu nak bayar, baiklah jangan cuba2 pinjam duit along. Lainlah along tu memang abang sulung kita!

Hutang. Syarat nak berhutang kena ada peminjam dan penjamin. Bab nak carik penjamin tu yang payah sikit, kecuali mak ayah dan adik beradik. sebab apa? Soal pinjam meminjam ni memangla mudah, sesiapa aja boleh pinjam. Tapi masa nak bayar? Ha…siapa nak jawab tu. Hutang seposen dua boleh dibayar. Hutang berpuluh-puluh ribu? Marilah cabut lari..hehe. nak jadi penjamin ni pun berat juga. Sebab kalau si peminjam yg tak sedar diri tu lari, habisla si penjamin nak tanggung. Silap2 haribulan, boleh bankrupt jadinya..astagfirullah..

Hutang. saya ada terbaca pasal cerita-cerita shogun. Cerita zaman kejatuhan fungsi ninja dalam sistem pemerinatahan feudal jepun. Saya dah lupa apa tajuknya. Tak mengapalah. Mengikut buku ni, sekiranya tuan kepada ninja (setiap ninja ada tuan. Kiranya ninja ni fungsinya macam bodyguard) mati dibunuh, ninja ni wajib balas dendam. Hutang darah kena dibayar dengan darah. Sekiranya gagal, si ninja ni perlu bunuh diri..(what the…!!!)..ini ritual yg dipanggil seppuku @ harakiri. Hemm..nak bunuh diri pun ada adat juga! Perlu guna pisau khas, perlu tikam perut sendiri dari bawah rusuk kiri then tarik ke kanan..aduh…putus tali perut! Begitulah persepsi masyarakat jepun pasal hutang. hutang duit, hutang nyawa apatah lagi! Ngeri bila memikirkannya. Agaknya kalau saya ini orang jepun, bila-bila masa saya akan terjun bangunan bila fikirkan yg saya ni banyak berhutang!astagfirullah…murahnya harga nyawa..

Hutang. Setelah saya bekerja, baru saya dapat menilai ‘nilai’ sebenar duit yg saya perolehi hasil daripada titik peluh bekerja. Sungguh. Sebab bukan mudah nak dapat duit. Nak duit kena kerja. Tapi, nak dapat kerja bagus, gaji bagus kena belajar pandai-pandai. Nak masuk universiti bagus-bagus kena ada modal. Sungguh. Nak bayar yuran, beli baju baru, beli gayung, baldi, kasut, mee maggi semua pakai duit. Pernah tak tanya dari mana mak ayah dapat duit untuk hantar anak ke universiti? Masa dapat surat tawaran, ya Allah…sukanya hati. Mak ayah bangga, anak yg dididik jadi “orang”. Tapi dalam hati ayah dah mula gundah gulana..mana nak cari duit nak hantar anak masuk universiti ni? Pandang mak, mak pun risau juga..anak yg dibela bukan seorang dua..tapi berderet-deret.. semua perlu modal nak sekolah. Fikir-fikir apa yg boleh digadai buat modal, yg ada dekat lengan mak cuma ada seutas gelang yg besarnya sama macam misai udang. Nak tak nak, berhutanglah jawabnya. Tapi tak mengapa, demi masa depan si anak, ayah buat muka tebal berhutang. Hutanglah dari saudara-mara, kawan-kawan, jiran tetangga. Demi si anak. Masa tiba, si anak dengan megah melangkah ke menara gading..pakai baju baru, kasut baru, semuanya baru..dengan doa harapan mak ayah agar berjaya di suatu masa. Harap si anak tak senasib dengan mereka, mewaris kemiskinan dek kepayah nak belajar. Jadi, untuk belajar, kena berhutang. Siapa nak bagi biasiswa dah zaman sekarang ni? Belajar percuma? Jangan haraplah. No money no talk. Itu pengorbanan namanya. Bukan mudah nak berjaya. Jadi masuk minggu kedua selepas orientasi kena tandatangan borang pinjaman pelajaran. Kalau keadaan macam ni, maka berhutang tu tak salah. Terdesak yang mendesak. Ini untuk survival. Ini bukan cerita rekaan. Ini cerita benar dari kita-kita yang pernah mengalaminya. Ini cerita betul. Sungguh. Saya tak bohong.

Hutang. Jadi bila dah berjaya, ada kerja bagus jangan lupa bayar hutang. hutang belajar…hutang PTPTN dan lain-lain hutang yg sewaktu dengannya. Kenalah sedar dan bersyukur, tanpa pinjaman tu mungkin kita tak dapat masuk universiti. Dapat ijazah dan dapat kerja bagus. Walaupun dulu saya rasa bayaran 4% untuk yuran perkhidmatan tu agak tak wajar, saya kena bayar juga. Dah adat berhutang, kenalah bayar. Soal riba’ dll tu, hanya Allah yg dapat tentukan. Wallahualam. Tapi mulai tahun ni dah turun ke 1%. Alhamdulillah. Kurang sikit angka-angka yg nak dibayar tu.

Hutang. saya harap sebelum umur saya 40 tahun, sebelum mata saya tertutup, saya dapat langsaikan semua hutang piutang saya. (Saya tak mahu bawa beban hutang ke liang lahad!) Insyaallah.

Nampaknya, banyak yg saya pasal hutang. apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Ini cuma tulisan orang picisan aja. Saya menulis dari sisi orang biasa-biasa. Saya bukan orang ekonomi, saya juga bukan dari kalangan cendiakawan.

Selalu kita dengar dan baca “hina besi kerana karat. Hina manusia kerana miskin”..tapi saya mahu tambah begini- “hina besi kerana karat. Hina manusia kerana miskin dan tak bayar hutang”. boleh ke? Kalau macam tu, saya ni dalam kategori agak hina sebab ada hutang tak bayar lagi…hahaha. Ya ampun!
posted by Baiti_annum at 8:56 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home